Assalamualaikum. hai :)
Tak habis-habis pasal kahwin kan? naik pening pula kepala ni. sebu dah (yela tu ! padahal suka)
Mentang-mentang umur dah cukup (bak kata mama lah) hahaha
Kejadian pertama ~ ♥
Kakak : ma, nani nak kahwin ! (gelak)
saya : ceh ! bile masa plak ! (marah)
mama : (tenang je) kahwin lah. dah boleh dah pun.
kakak : dia asyik tanya ayu bila nak kahwin.
saya : hahaha. tak nak lah. kak ayu kata kalau ani kahwin dulu dia nak apa yang ani dapat sebab langkah bendul. tak nak lah ani bagi kak ayu dapat apa-apa ! hahahaha.
kakak : mesti lah. tu sebab ayu nak kau kahwin dulu.
mama : sekarang ni dah tak ada istilah langkah bendul-langkah bendul la. kahwin je kalau jodoh tu sampai. (senggih)
saya : (gelak kuat-kuat) dengar tu.padan lah dengan muka kak yu. :p
Kejadian kedua ~ ♥
kakak : ayah, nani nak kahwin !
saya : mana ada. kak yu ni ha yang nak ani kahwin dulu sebab dia nak dapat apa yang ani dapat nanti. mana boleh ! (gelak)
kakak : yelah, dia asyik tanya bila ayu nak kahwin.
mama : elok lah kahwin awal. nanti dapat anak pun awal. muda-muda anak dah besar. jangan nanti bila dah tua anak masih kecil lagi. (gelak)
ayah : (muka tak ada riak apa-apa) ayu dah ada calon?
kakak : (sengih-sengih) belum ada lagi.
saya : abis lah. jap g soalan tu mesti sampai kat aku punya (cakap dalam hati) sekali pap !
ayah : ko nani? dah ada calon?
saya : errr.... errr.... (takot + sengih-sengih + pandang tempat lain)
kakak : dah ada yah ! dia dah ada calon dah (gelak kuat + pandang saya)
saya : ha ? (terasa nak ketuk-ketuk kepala dia) hehehe (buat muka seposen)
asyik-asyik cerita pasal kahwin.
sana sini pasal kahwin. ^_^
hahaha naik sakit pula otak ni. belum tiba lagi (memang pun) haha
pesan :
sekuat mana kita menentang,
sekuat mana kita pertahankan,
jika dia bukan jodoh kita,
dia tetap bukan jodoh kita :D
hehehe akan tiba masa nya nanti :p
Assalamualaikum ♥
0 tinggalan jejak:
Post a Comment