Blogger Layouts

Followers

Like Kalau Suka Blog Ini. :)

ah ben & ah yien

Daisypath Anniversary tickers

2 tahun sudah ! macam tak percaya :D


Daisypath Anniversary tickers

hai awak. ya awak. ZULFADLI HILMAN !
terima kasih. saya tak nak cakap banyak-banyak.
saya cuma nak cakap TERIMA KASIH !
semoga kita dapat sama-sama pertahankan hubungan ni ya.
semoga hubungan kita akan kekal sampai akhir hayat saya :)

* blur lah.. hahahahahahahaha :p
ok, awak, cepat tadah tangan. kita baca doa sama-sama ok.

Ya Allah,
Sekiranya telah engkau tuliskan.
Dia milikku dan terlahir untukku.
Dekatkan dan satukanlah hati kami.
Berikanlah kebahagiaan antara kami.
Agar kesetiaan ini Abadi. 

aminn ~




terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

LESEN : ujian komputer


hai jumpa lagi dalam segmen LESEN ! haha. hari ni saya pergi ambil ujian komputer pula. malam tadi dah study sehabis mungkin gara-gara takut tak lepas. saya sanggup minta cuti sampai kena mara tau semata-mata nak ambil ujian komputer ni awal. *sebenarnya boleh je amik hari sabtu ahad ! hehe gedik punya orang*.  

pagi-pagi saya dah bangun siap-siap untuk pergi ambil sijil dulu dekat Detik Erat tu. pastu baru pergi area Tabung Haji untuk ambil ujian komputer. masuk je kena daftar. hati dah dap dap dup dah ni. haha. maklum lah tak ada pengalaman. nasib baik ambil dengan kakak. jadi adalah orang teman kan. dah habis tu masuk dan terus jawab soalan untuk rabun warna tu. kena dapat markah penuh. Alhamdulillah LULUS dengan cemerlangnya. haha. lepas tu saya kena sambung jawab bahagian undang-undang. ok memang kantoi tang situ sebab saya tak baca. hek! hek! MALAS!! dah habis jawab cek cek dan terus tengok keputusan *tutup mata sebab takut tak lepas*. akhirnya, Alhamdulillah saya LULUS! haha. *senyum sampai telinga*. ini sebab hari ni ada LUCK bak kata si boncet saya. kredit to : zulfadli hilman, terima kasih sayang :)

ok, selepas itu saya pergi ke Detik Erat balik untuk serahkan keputusan tadi dan isi borang untuk masuk ke kelas modul 6 jam pula. kakak tu tanya masuk kelas hari khamis ni eh. saya dah terBLUR lah pula. sebab hari KHAMIS saya kerja. tak kan saya nak minta cuti. nanti kena mara lagi. warghhh ! tak sanggup!! tapi mama cakap tak apa lah. kalau tokey marah berhenti lah. haha. kakak pun kena habiskan ambil LESEN L dulu. ok. setuju lah nak masuk kelas hari khamis ni. MAAF TOKEY! LESEN SAYA LEBIH PENTING. haha

ok lah. sekian untuk hari ini. :) babai



terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

LESEN 1 : Ceramah! perghhh ! Mengantuk... -.-


hai korang ! sihat tak? haha lama dah tak kemas blog.
dah bersawang ! huishh. hehe
ok. sebenarnya hari ni saya pergi ambil lesen.
pertama sekali kena lah pergi dengar ceramah untuk lepas lesen L kan. kan. 
so, tadi saya dengan kakak saya pergi menghadirkan diri.

mula-mula ok lah kan tapi bila sampai pukul 10 mata dah berat gila.
bayangkan pukol 6.30 bangun. pastu pukul 8 dah mesti ada kat sana.
bila sampai sana pula cikgu tu kata mula pukul 9 pagi. ceh ! kurang asam keping betol !!
tapi tak apa lah kan. hehe sebab kakak saya ada. 

bila mula je ceramah dah mula lah penyakit ni datang.
alah, semua orang ada penyakit ni. haha lagi-lagi bila ngadap buku teks.
ye tak? ala jangan nak tipu lah. haha :p

ok sambung balik. memang membosankan. asik membebel je dekat depan tu.
dah lah lawak sikit-sikit je. huhu. mana tak mengantuk kan?
tapi masih masuk lah dalam otak ni. hehe.

hurm. lepas ni kena pergi ujian komputer pulak. (debar-debar)
minta-minta lah lepas ye tak. huhu. macam menakotkan jek.
ok lah. sampai sini saja dulu. nanti cerita lagi ok.

babai ! :)

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D



saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru sekalian yang dahulunya pernah mengajar saya dari tadika sehingga kini. tak lupa juga kepada MAMA dan KAKAK saya dimana seorang guru dan seorang lagi bakal guru. hehe. kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang bakal menjadi guru, saya ucapkan selamat hari guru juga ya. sama-sama lah kita tanamkan semangat setia guru walaupun mungkin ada yang tidak berminat untuk menjadi guru. terima kasih kepada lecture yang mengajar dan mendidik saya untuk menjadi bakal guru tadika yang bagus :) *ok merepek dah* tu je lah. 



terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

hurmm.


1, 2, 3, 4 .............................................................................
ok tengok lagi. lagi sekali. tak puas ! nak tengok lagi. buka lagi. klik sekali lagi. 
saya online hampir setiap jam. dan setiap kali tu lah saya usha WALL awak. HP saya.
saya keluar masuk bilik, tengok tv, masuk bilik lagi tinjau skrin HP hurm tapi tak ada. 
WALL dan HP sunyi tanpa awak. ok fine !! saya rindu sangat. 
rindu sangat sangat sangat dekat awak ! baru satu hari tak dengar suara awak. 
satu hari tapi saya dah tak sanggup. tak sanggup kalau awak tak ada. sepi, sunyi, menangis dan menunggu. hurm. egokah saya?

ok ! ni balasan kau sebab kau buat dia tak endahkan kau dah. memang padan dengan muka kau
yang tak cantik tu ! sebab kau nak sangat dia bagi perhatian dekat kau. sekarang dengan dia-dia tak ada. kau ingat bila kau merajuk macam budak kecik dia akan pujuk kau balik? merayu-rayu nak kat kau? tolong lah sedar !! hmm,apa kau nak buat kalau dia tak ada? cuba fikir balik. sanggup ke kau tanpa dia? ya, cuma dia yang bole layan kau punye perangai yang mengada-ngada nak perhatian yang lebih ! kau ingat kau artis ke? cuba fikir siapa lagi yang akan jaga kau macam dia jaga kau? siapa lagi yang akan diam je bila kau marah marah? siapa lagi yang boleh tahan dengan perangai kau ni ha !! kau ni memang tak boleh nak fikir ke yang dia tu pun ada hati juga ! puas hati kan buat dia tinggalkan kau betul betul ?! (hati saya yang cakap. dia marah saya sebab saya ni lembab)










terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Segmen 'Saya Blogger Hot' by Chegu Along


ok ! ni adalah pertama kali saya join segmen macam ni. hahaha. 
sebelum ni tak pernah. ulang semula, saya tak pernah join mana-mana segmen lagi.

nak kata saya hot? opss! bukan saya tapi blog saya. tak kot. 
kalau hot mestilah macam blog lyssa gitu kan. HAHA. 
sebenarnya saya pun tak tahu macam mana nak join segmen ni.
2 3 hari saya fikir patut ke saya join tapi hari ni saya nak cuba setelah saya terbang
dan terjah masuk ke blog-blog yang sertai segmen ni. hihi. 

ok lah. ni karang melalut sampai ke planet pluto pula. 
kita teruskan lah ye. tarikh peryertaan segmen ni sampai 16 jun 2012 je. 
so korang cepat lah join segmen ni. kalau korang nak sertai segmen ni korang kena lah ikot
syarat-syaratnye. memang banyak ! haha tipu jek. senang lah. 

ha korang tak tahu nk join macam mana? ala sayang sayang. meh sini saya ajar meh.



Syarat penyertaan :
1. Mestilah seorang blogger.
2. Follow blog Chegu Along.
3. Klik like pada page Chegu Along.
4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.
5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.
6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni. 
7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah.

sekarang lah masanya ! haha (gelak jahat) 
tapi sape je yang saya nak PAKSA??

2. Eyqa
3. Maz

Alhamdulillah. siap juga akhirnya segmen ni. hehe.
jumpa lagi ya. :) babai ! 








terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Meluangkan Masa Bersama Family Tersayang ! ^^



hai hai. semalam hari ibu kan? tengah hari tu juga saya dan adik buatkan kek untuk MAMA saya. 
alhamdulillah kek yang saya dan adik buat tu menjadi. suka suka. *gedik*  
MAMA pun suka. dah boleh kahwin kan mama? haha *soalan tak masuk akal*

petang tu masa saya tengah sibuk menilik tema untuk c3 saya ni tiba tiba mama ketuk pintu
bilik dan tanya "mama ajak ayah pergi jalan jalan tepi pantai. nak ikut tak?". eh,opkos lah nak! haha
ok nampak sangat suka berjalan. haha dengan semangatnya saya salin baju dan bersiap.

cuma saya rasa macam keluarga saya tak sempurna sebab kakak dan adik saya yang bawah saya tu tak ada.
hurmm.. jadi saya dan adik saya yang last je lah yang ikut. ape? nak kenal ngan dia? haha.. boleh boleh. 


ha, ini lah adik saya. gebu gebu pipi dia. tembam kan? ok dia memang kuat makan.
tak macam saya. kurus je. tak tau macam mana nak jadi macam dia tu. hahaha.


ok. cuba teka budak yang tak berapa nak comel ni siapa? 
ni saya ok. err dan jangan pedulikan warna baju dan tudung tu.
memang tak padan tapi haha, kisah apa kan. bukan nak pegi DATING pun.
sarung saja mana yang dapat. sebab nak mandi laut je pun. hekhek.


ni ayah dengan mama. siap berDATING plak. haha
takpe takpe. sapa nak kacau kan. suka tengok. sweet je. hehe

tapi time ni saya dengan adik tak dapat nak mandi lagi. tu yang dua dua jadi gila sekejap 
berposing bagai. haha. takde kerja kitorang pun main lah snap snap. ni semua gara gara 
ombak yang kuat gila jadi ayah tak bagi mandi. huhu.


tapi lepas tu ayah bagi juga kitorang mandi. mungkin sebab ayah tengok saya ngan adik buat muka bosan. haha. nak buat macam mana. sapa yang tak berselera bila tengok air laut tu memanggil-manggil kan? bila ayah dah bagi lampu hijau apa lagi tunggu. terus saya ngan adik masuk dalam laut tu. haha. *gelojoh betul*





hahaha bila tengok balik gambar ni membuatkan saya nak gelak guling guling atas lantai. apa tidaknya. mama tangkap dari jauh. jadi kecil lah kami ni. kalau saya tu boleh tahan lagi lah sebab saya memang kecil tapi bila tengok adik saya tu, puffffhh (tahan gelak) hahaha. kelakarnya. lame juga lah kami berendam dalam laut tu. sampai naik kecut tangan dengan kaki ni. dalam pukul 6.30 gitu kami naik dan salin pakaian. siap siap untuk balik ke rumah ! haha seronok.

ok lah. tu je cerita dari saya. nanti cerita lagi ok. :)
babai :D

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita. jaga jaga !



Semoga entri ini berguna buat para wanita… Insya Allah..

Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi,syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung...} Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}

Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai.. sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja.. boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu.. tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut.. nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa..} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak.

Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini.. kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak.. sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu.. kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Semoga beroleh manfaat dan selamat beramal.. 
sumber : facebook :)

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Carilah Lelaki Yang Mampu Menjadi Imam Kamu :D


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat? Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu. ” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”. Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti. Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah. Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan. Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya. Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak. Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan. Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam. Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia. Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . 
jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

sumber : Facebook :)

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Kiamat tak akan berlaku jika tanda ini belum muncul !



ini lah tanda tanda apabila kiamat akan berlaku. sama sama lah kita sebarkan ok. :)


- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat facebook, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

--------------------
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"."
Al-A'raaf , 187
--------------------


terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

siapa wanita cantik?


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan 
kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

sumber : Sini

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

cuti telah bermula ! bushhhhh !



Hai hai bye bye ! Eh baru nak mula lah. Korang sihat tak? Saya baru saja mula cuti sem. Mula rasa kebosanan duduk di rumah. haha. Sebenarnya tak ada lah bosan sangat, kebetulan MAMA saya tak kerja sebab baru saja lepas membuat pembedahan kerana apendik. Jadi ada lah orang yang akan teman saya di rumah dan yang paling penting ada yang tolong masakkan untuk saya. hahaha (gelak nakal)

Ok. Plan saya sepanjang cuti ni adalah,erm erm tak fikir lagi. hehe. Mesti hari hari saya menjadi indah kelam sebab duduk rumah goyang kaki, makan, tidur, berfacebook, dan berblog. haha. boleh jadi GEMOK! bosan bukan? adalah sikit. tak apa. saya akan cuba mencari kerja sambilan minggu depan. nak kerja apa je? 7E? oh no ! tak dibenarkan. kedai buku? ok juga tu. nanti-nanti lah saya pergi tanya. tapi sebenarnya takut. haha. Ok lah, dah tak ada apa nak cerita lagi. maaf lah. tak menarik pun. hehe

p/s : saya memang suka cerita pasal diri saya dalam blog ni. 
nama pun teratak saya. ikut suka saya lah kan? hahaha. (gedik)

main tepi perigi,
nanti cerita lagi.
:)




terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus :)

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus


terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Peringatan Kepada Kaum Hawa~

ASSALAMUALAIKUM ~

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.



Ini lah peringatan kepada kaum perempuan. Sama-sama lah kita renungkan :)
terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

Kenapa Aku Mencintaimu

ASSALAMUALAIKUM !


LIRIK :


Aku bertanya apakah ertinya
Suatu perjalanan yang tak ku duga
Hatiku telah terasa dimiliki
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Dulu aku tak pernah merasakan
Indahnya hidup bagaikan hari ini
Walaupun dulu aku pernah dicintai
Tapi dirimu adalah yang terbaik untukku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Apakah itu tanda cinta bermula
Ku hanya berdoa serta menyerah
Hargailah diriku sepenuh jiwa
Aku cinta aku cinta kepadamu

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Selamanya aku cinta kepadamu


sumber : KLIK sini.

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

kahwin lagi,kahwin lagi -,-

Assalamualaikum. hai :)

Tak habis-habis pasal kahwin kan? naik pening pula kepala ni. sebu dah (yela tu ! padahal suka)
Mentang-mentang umur dah cukup (bak kata mama lah) hahaha

Kejadian pertama ~ ♥ 

Kakak : ma, nani nak kahwin ! (gelak)
saya : ceh ! bile masa plak ! (marah)
mama : (tenang je) kahwin lah. dah boleh dah pun.
kakak : dia asyik tanya ayu bila nak kahwin.
saya : hahaha. tak nak lah. kak ayu kata kalau ani kahwin dulu dia nak apa yang ani dapat sebab langkah bendul. tak nak lah ani bagi kak ayu dapat apa-apa ! hahahaha.
kakak : mesti lah. tu sebab ayu nak kau kahwin dulu.
mama : sekarang ni dah tak ada istilah langkah bendul-langkah  bendul la. kahwin je kalau jodoh tu sampai. (senggih)
saya : (gelak kuat-kuat) dengar tu.padan lah dengan muka kak yu. :p


Kejadian kedua ~ ♥ 

kakak : ayah, nani nak kahwin !
saya : mana ada. kak yu ni ha yang nak ani kahwin dulu sebab dia nak dapat apa yang ani dapat nanti. mana boleh ! (gelak)
kakak : yelah, dia asyik tanya bila ayu nak kahwin.
mama : elok lah kahwin awal. nanti dapat anak pun awal. muda-muda anak dah besar. jangan nanti bila dah tua anak masih kecil lagi. (gelak)
ayah : (muka tak ada riak apa-apa) ayu dah ada calon?
kakak : (sengih-sengih) belum ada lagi.
saya : abis lah. jap g soalan tu mesti sampai kat aku punya (cakap dalam hati) sekali pap ! 
ayah : ko nani? dah ada calon?
saya : errr.... errr.... (takot + sengih-sengih + pandang tempat lain)
kakak : dah ada yah ! dia dah ada calon dah (gelak kuat + pandang saya)
saya : ha ? (terasa nak ketuk-ketuk kepala dia) hehehe (buat muka seposen)

asyik-asyik cerita pasal kahwin.
sana sini pasal kahwin. ^_^
hahaha naik sakit pula otak ni. belum tiba lagi (memang pun) haha

pesan :
sekuat mana kita menentang,
sekuat mana kita pertahankan,
jika dia bukan jodoh kita,
dia tetap bukan jodoh kita :D
hehehe akan tiba masa nya nanti :p

Assalamualaikum







terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D