Blogger Layouts

Followers

Like Kalau Suka Blog Ini. :)

ah ben & ah yien

Daisypath Anniversary tickers

ketagih yang melampau !

salam semua.. haha.. agak-agak bila baca tajuk ni korang fikir apa? ha jangan nak fikir ketagih len lak.. ni hah.. dulu bukan main tak suka lagi bila kawan-kawan sebut nama program ni.. ha mesti korang yang minat korea tau kan? kan? haha.. tu lah.. orang tua-tua selalu cakap kalau tak kenal maka tak cinta kan.. haha.. saya cuba lah ambil cerita ni.. nak tau cerita apa? ha meh saya tunjuk.. ni,ni kat bawah ni :


:
:
:
 

hahaha ini lah cerita yang buat saya ketagih gila nak tengok.. kalau nak ikut kan tak ada lah best sangat tapi di sebabkan program ni boleh buat saya ketawa dan boleh hilangkan semua kesemakan masalah dalam otak saya jadi saya buat keputusan untuk biarkan cerita ni terus hidup dalam laptop saya.. haha.. setiap hari buka laptop dan benda pertama saya buka adalah cerita ini..seronok ! banyak woo cerita dia.. dah masuk episod yang ke 86.. ahaha.. :D

running man ! hahaha.. semua saya suka sebab semua comel.. ♥

eh ! cukup la tu berceloteh.. nak pergi kemas barang untuk balik kolej.. haha.. rindu sama katil saya.. jumpa len kali ya.. assalamualaikum ~

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D

♥ Apa Itu Nikah Gantung? ♥

Assalamualaikum..
tibe-tibe terbaca benda ni dekat facebook pasal nikah gantung ni..
oke ! masa mula-mula baca tu ada lah sikit rasa nak kawin awal.. hahaha gatal gile !
tapi kalau nak di ikutkan tak payah kot.. haha.. belum bersedia.. masih banyak yang perlu belajar kat dunia ni..tak apa lah.. orang kata lau dah jodoh ada lah kan.. hehe jom sama-sama kita baca k..


 

Apakah itu yang dimaksudkan dengan nikah gantung? Saya akan kongsikannya bersama anda Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu. Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti: Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga. Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing. Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya. Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda. 

terima kasih pinjamkan mata dan sila komen ya :D